PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan (PH) mendakwa PAS cuba menonjolkan dominasi dalam Perikatan Nasional (PN) apabila sayapnya menggerakkan himpunan ‘Turun Anwar’ yang sebelum ini berkait Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA), bulan depan.
Ketuanya Woo Kah Leong berkata perhimpunan dijadualkan pada 27 Jul depan itu disifatkan sebagai helah dan sandiwara politik PAS yang kini menguasai jawatan menteri besar di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
Menurutnya, jumlah kerusi Parlimen PAS juga lebih tinggi berbanding rakannya, Bersatu.