PETALING JAYA: Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir menyifatkan ‘pelik’ dengan mengaitkan penyatuan orang Melayu dengan penganjuran himpunan dikatakan bersolidariti kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.
“Kami (Pejuang) mendukung serta menyokong penuh apa jua usaha menyatukan masyarakat Melayu. Dengan satu syarat sahaja niat di sebalik perpaduan itu mesti nyata.
“Bukankah dia (Najib) pemimpin Melayu yang menghancurkan imej masyarakat Melayu? Dia yang meleraikan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga kalah dalam PRU 2018,” katanya menerusi audio siar ‘Suara Marhaen’.