TAPAH: Seorang penjual produk herba dari Seremban didenda RM1,300 oleh mahkamah majistret, selepas mengaku bersalah memuat naik komen menghina Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Nor di Facebook.
Toraise @ Turesh Kumar Munusamy, 53, mengaku bersalah di hadapan Majistret Anis Zainab Pawanteh kerana menggunakan istilah ‘sakai’ dan memperlekehkan kepintaran Ramli dalam komen yang dimuat naik pada kira-kira 9.30 malam, 27 Mei lepas.
Menurut tuduhan, komen itu membangkitkan kemarahan dan berkemungkinan menyebabkan pecah keamanan awam.