KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap seorang pengawal keselamatan kerana menghina Nabi Muhammad di Facebook.
Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Ramesh Muniandy, yang mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika gagal menjelaskan denda, dia diarahkan menjalani hukuman penjara lima bulan.