PETALING JAYA: Seorang penganalisis menyeru pihak dalam pertikaian minyak dan gas di Sarawak menghormati perjanjian dicapai Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Premier Abang Johari Openg pada Mei tahun lalu, sambil menyifatkannya ia ‘alternatif berhemat’, berbanding sikap permusuhan dibimbangi mengeruhkan hubungan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
James Chin dari Universiti Tasmania, mengambil maklum rangka kerja dipersetujui itu mengakui kewujudan bersama, Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) dan Ordinan Pengagihan Gas Sarawak 2016 (DGO).
Ia menetapkan bahawa Petros akan dinamakan sebagai agregator gas bagi Sarawak, manakala Petronas akan mengendalikan eksport gas asli cecair (LNG), katanya.
