PETALING JAYA: Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menggesa kerajaan mempertimbangkan beberapa langkah dalam Belanjawan 2026 untuk menjamin kelestarian jangka panjang sektor kesihatan swasta dan peranannya sebagai rakan kongsi utama sistem kesihatan negara.
APHM berkata, pihaknya sudah menyerahkan cadangan itu kepada Kementerian Kesihatan (KKM) menjelang pembentangan Belanjawan 2026 di Parlimen Jumaat ini.
“Cadangan ini mengambil kira kenaikan kos kesihatan, pertambahan jumlah kes dan keperluan mendesak untuk pembaharuan, di samping memperkukuh kedudukan Malaysia selaku penyedia perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia bagi pelancongan perubatan serta untuk menarik pelaburan asing,” katanya dalam kenyataan.