MatchPoint Times

Home

Hujan berterusan tahap bahaya di 4 negeri, Putrajaya hingga Sabtu

Cover Image for Hujan berterusan tahap bahaya di 4 negeri, Putrajaya hingga Sabtu

Selain Putrajaya, MetMalaysia keluar amaran babit Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya, yang dijangka berlarutan hingga Sabtu ini.

Dalam hantaran Facebook dikeluarkan pada 10 malam tadi, MetMalaysia berkata, kawasan terlibat ialah Terengganu (Kemaman); Pahang (Maran, Kuantan dan Pekan); Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang); Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson); serta Putrajaya.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun).

Tags:burukcuaca burukhujan berterusanKuala LumpurMetMalaysiaNegeri SembilanPahangPutrajayaSelangortahap bahaya


Menteri minta bukti dakwaan universiti tayang video aib Sanusi

Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu bagi membolehkan Kementerian Pendidikan Tinggi menjalankan siasatan.

🟡Faiz Zainudin

Danger-level rain warning for Putrajaya, 4 states

The affected states are Terengganu, Pahang, Selangor, and Negeri Sembilan.

🟡Bernama