KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Johor dan Sarawak hingga esok.
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip menerusi kenyataan hari ini berkata, hujan berterusan dijangka berlaku di Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Di Sarawak, daerah terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) serta Sibu (Sibu dan Selangau).
