GEORGE TOWN: Seorang wanita muda yang mengaku bersalah membunuh bayi yang baru dilahirkannya lima tahun lalu menangis teresak-esak di Mahkamah Tinggi hari ini ketika peguamnya merayu hakim mengambil kira faktor usia, keadaan mental dan kesukaran hidup dialaminya.
M Santhiea, kini berusia 23 tahun, pada asalnya didakwa membunuh bayi perempuannya pada tahun 2020 — satu kesalahan yang membawa hukuman mati. Beliau ditahan reman selama empat bulan sebelum dibebaskan dengan jaminan RM90,000.
Namun pada Mei lalu, pihak pendakwaan menukar pertuduhan kepada membunuh anak sendiri (infantisid) setelah mengambil kira keadaan mentalnya yang terganggu selepas bersalin.