KUALA LUMPUR: Inflasi pada Januari lalu meningkat 1.6% dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 mata daripada 133.6 pada bulan sama tahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan, berkata ia didorong oleh empat kumpulan, didahului oleh penjagaan diri, perlindungan sosial, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang meningkat 6.6%, berbanding 5.7% pada Disember 2025.
Ini diikuti oleh pendidikan yang menokok 3.2% (Disember 2025: 2.8%), perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api lain meningkat 1.2% (Disember 2025: 0.9%), dan rekreasi, sukan dan budaya naik 0.9% (Disember 2025: 0.8%).
