NIBONG TEBAL: Polis menahan seorang pemandu lori ‘tipper’ kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan memandu secara melulu sehingga hampir merempuh anggota polis dalam kejadian di Jalan Sungai Daun, di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Seberang Perai Selatan (SPS), Jay January Siowou, berkata sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD SPS menjalankan Op Bersepadu dan Op Samseng Jalanan di kawasan Plaza Tol Jawi di sini pada 11.30 malam.
“Semasa operasi dijalankan, pihak polis mengesan dua lori tipper dalam keadaan mencurigakan dan enggan memberikan kerjasama apabila diarahkan berhenti sebelum terus memecut menuju ke arah Jalan Besar Nibong Tebal.