MatchPoint Times

Home

Inkues Zara Qairina: Malam 15 Julai ‘tegang’, ‘menakutkan’, kata saksi

Cover Image for Inkues Zara Qairina: Malam 15 Julai ‘tegang’, ‘menakutkan’,  kata saksi

Saksi kanak-kanak takut dengan makian ketika beberapa pelajar senior menyoal Zara mengenai kes kecurian.

PETALING JAYA: Seorang ‘saksi mata’ memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bahawa pada malam 15 Julai 2025 keadaan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha digambarkan sebagai ‘tegang’ dan ‘menakutkan’.

Peguam Shahlan Jufri mewakili ibu Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, berkata pelajar itu berkata, berlaku tiga kejadian pada malam berkenaan iaitu pertama Zara disoal siasat dua pelajar senior mengenai kes kecurian sebelum disoal lagi oleh dua pelajar bersama seorang lagi pelajar senior.

“Kejadian ketiga ialah pelajar senior membacakan satu surat yang menyatakan Zara Qairina ingin menjadi Badar (pengawas Badan Dakwah dan Rohani). Ketiga-tiga kejadian itu berlaku antara 10 hingga 20 minit di bilik asrama,” kata Shahlan menurut Bernama selepas prosiding inkues dijalankan secara tertutup, di Kota Kinabalu.

Tags:Azhari Abd SagapinkueskecurianMahkamah KoronerZara Qairina


Zara inquest told of ‘tense and scary’ night 2 days before teen’s death

Witness describes three incidents at school dorm, including questioning over alleged theft.

🟡Bernama

Umno Terengganu tuntut autonomi politik, PH sedia solo

Pada PRU lalu PH dan BN tumpas di semua 32 DUN dan lapan Parlimen Terengganu kepada PN.

🟡Faiz Zainudin