PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda DAP mengkritik tawaran Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk memberi insentif kepada sekolah sekiranya mereka berjaya menunjukkan rekod sifar buli.
Bendahari Pemuda DAP Sarawak Wong King Yii mengingatkan langkah itu boleh melahirkan budaya berdiam diri semata-mata untuk mendapatkan insentif.
Beliau bimbang sekolah akan menutup kes buli sebaliknya daripada menanganinya dengan betul.
