SHAH ALAM: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yakin insiden kekecohan yang dianggap ‘amat memalukan’ ketika menyampaikan ucapan dasar tidak akan berulang.
“Jangan risau, kita semua bersatu sebagai satu keluarga. Semalam sudah berlalu dan saya yakin ia tidak akan berulang,” katanya ketika membuat ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan.
Beliau berkata, sebagai seorang manusia beliau turut mempunyai perasaan.