MatchPoint Times

Home

Intel umum pelaburan tambahan RM860 juta kembang operasi di Malaysia

Cover Image for Intel umum pelaburan tambahan RM860 juta kembang operasi di Malaysia

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pelaburan itu cerminkan keyakinan terhadap perancangan jangka panjang negara.

PETALING JAYA: Intel Corporation mengumumkan pelaburan tambahan berjumlah RM860 juta untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi pemasangan dan ujian syarikat itu, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam satu hantaran di media sosial selepas menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Intel Tan Lip-Bu hari ini, Anwar berkata langkah itu mencerminkan keyakinan terhadap perancangan jangka panjang negara, termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

“Intel turut merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan kerajaan, khususnya terhadap pembangunan Kilang Pembungkusan Termaju di Pulau Pinang yang melibatkan perbelanjaan modal RM12 bilion dan kini 99% siap,” katanya.

Tags:Anwar IbrahimekonomiIntel CorporationLip-Bu Tanpelaburan tambahansemikonduktor


‘Believe. Belong. Become’: Brisbane 2032 Olympics unveils motto

Culminating a process involving over 6,000 Australians, the slogan embodies the core beliefs the Games seek to represent.

🟡AFP

Ramasamy questions odds of fair probe by Bukit Aman into trio’s killing

Urimai chairman says the police personnel involved in shootings of ‘criminals’ and ‘thieves’ are seldom charged.

🟡FMT Reporters