TEHRAN: Israel mula menerima serangan balas Iran pada Jumaat malam apabila tentera Iran melancarkan gelombang serangan ke atas wilayah itu.
Menurut Agensi Berita Iran (IRNA), serangan itu dilancarkan beberapa jam selepas rejim Israel, dalam apa yang disifatkan Iran sebagai tindakan pencerobohan tanpa provokasi, menyerang beberapa lokasi di wilayah Iran, termasuk bangunan kediaman.
Serangan balas Iran bermula tanpa amaran dan rakaman serta imej yang disiarkan memaparkan peluru berpandu menembusi sistem pertahanan udara Israel dan meletup sebaik mengenai sasaran. Bola api besar menerangi langit malam di Tel Aviv dan Baitulmuqaddis.