MatchPoint Times

Home

Isu kontrak TM-DNB tak jejas sasaran liputan 5G negara, kata Fahmi

Cover Image for Isu kontrak TM-DNB tak jejas sasaran liputan 5G negara, kata Fahmi

Menteri komunikasi berkata, kerajaan telah capai kadar liputan 80%, membolehkan rangkaian kedua diwujudkan.

PUTRAJAYA: Pertikaian berhubung penamatan kontrak antara Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Digital Nasional Bhd (DNB) ialah isu kontrak komersial antara dua pihak dan tidak menjejaskan sasaran kerajaan untuk mencapai 95% liputan 5G di kawasan berpenduduk, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, dari segi objektif pelaksanaan rangkaian 5G, kerajaan telah mencapai kadar liputan 80% yang membolehkan rangkaian kedua diwujudkan selaras dengan peralihan kepada model dwirangkaian.

“Kita tidak melihat isu antara dua pihak ini (TM dan DNB) akan menjejaskan pelaksanaan ke tahap 95% bagi rangkaian 5G dalam masa-masa yang akan datang,” kata jurucakap kerajaan Madani itu pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Tags:DNBFahmi Fadzilkontrak komersialliputan 5Gmodel dwirangkaianrangkaian keduaSKMMtamat kontrakTM


Aid trucks resume crossing Egypt-Gaza border after closure

Israel closed all crossings into the Gaza Strip on Saturday after it launched a joint attack on Iran with the US.

🟡AFP

Iran says ‘trying’ to swiftly appoint new supreme leader

Tehran’s Assembly of Experts for Leadership member Ahmad Khatami said ‘discretion is necessary’ considering new assassination threats.

🟡AFP