PETALING JAYA: Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki meletak jawatan sekiranya benar beliau memiliki saham melebihi had bagi penjawat awam.
Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) itu berkata sebarang persoalan berkaitan pematuhan undang-undang membabitkan individu mengetuai institusi membanteras rasuah dan salah guna kuasa tidak boleh dipandang ringan.
“Sekiranya benar pemilikan saham melebihi had ditetapkan bagi penjawat awam atau wujud ketidakpatuhan kepada garis panduan perkhidmatan, saya menggesa ketua pesuruhjaya SPRM letak jawatan.
