PETALING JAYA: Kenyataan presiden Umno mengenai Tengku Zafrul Aziz mencerminkan parti sedia ‘move on’ daripada terus dibayangi bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu, kata penganalisis politik.
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, pendirian Zahid Hamidi adalah isyarat bahawa Umno parti yang sudah melalui pelbagai ujian, tidak akan tergugat dengan pemergian mana-mana individu termasuk berprofil tinggi seperti menteri pelaburan, perdagangan dan industri.
“Ia satu bentuk ‘damage control’ untuk menegaskan kesetiaan kepada parti melebihi individu dan Umno tidak lagi mahu dilihat terlalu bergantung kepada tokoh teknokrat atau ‘parachute candidates’ yang tidak punyai akar umbi kuat seperti berlaku kepada Tengku Zafrul di Kuala Selangor dan kemudian Kota Raja.