KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara memberitahu siasatan awam berhubung dakwaan pencabulan hak asasi di Penjara Taiping, bahawa pegawainya telah melanggar hak asasi tahanan semasa satu proses pemindahan banduan awal tahun ini.
Peguam persekutuan yang mewakili jabatan itu, Amirah Abdul Razak, dalam hujahan lisannya, mengakui rakaman CCTV pada 17 Jan menunjukkan pegawai penjara menyerang tahanan menggunakan semburan lada dan cota, walaupun beberapa pegawai sebelum ini mendakwa sebaliknya.
Inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) itu menyiasat dakwaan lebih 100 banduan di Penjara Taiping diserang kira-kira 60 wadar semasa proses pemindahan dari Dewan B ke Blok E. Seorang tahanan, Gan Chin Eng, maut dalam kejadian tersebut.
