PETALING JAYA: Ahli politik, pempengaruh dan pemimpin masyarakat diingatkan agar tidak mempolitikkan keputusan mahkamah, yang mendapati bekas perdana menteri Najib Razak bersalah dalam kes melibatkan dana 1MDB.
Adun Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad, mengingatkan bahawa menggunakan keputusan mahkamah sebagai modal politik, menabur keraguan terhadap integriti hakim, atau membingkai sabitan jenayah sebagai agenda pihak tertentu adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan berbahaya.
“Ia bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah boleh menghakis keyakinan awam terhadap institusi keadilan negara,” katanya, yang lebih dikenali sebagai Altimet, dalam kenyataan.
