PUTRAJAYA: Pensyarah universiti tidak seharusnya mengulas secara terbuka isu yang berada di luar bidang kepakaran mereka, kata Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata dunia akademik mempunyai tatacara dan panduan tersendiri yang perlu dihormati bagi menjaga integriti ilmu serta kredibiliti institusi pengajian tinggi.
“Kita tidak menghalang mereka (pensyarah) memberikan pandangan yang ada kaitan dengan bidang masing-masing, tetapi adalah malang sekiranya mereka ingin bercakap tentang semua perkara yang bukan dalam bidang mereka.
