PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan semua janji PRN Sabah, terutamanya naik taraf prasarana, akan mula dilaksanakan bulan ini.
Beliau menambah, mesyuarat penyelarasan untuk memantau pelaksanaan projek utama akan diadakan setiap bulan.
“Kalau ada 250 projek utama, maka mesti dipantau setiap projek itu. Mesyuarat setiap bulan di peringkat persekutuan dan negeri,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di sini pada Ahad, lapor Sinar Harian.
