BAYAN LEPAS: Malaysia belum menerima sebarang maklumat berhubung laporan mendakwa ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, kini menetap di Shanghai, China.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menyemak keberadaan individu didakwa dalang skandal penyelewengan dana 1MDB itu dengan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
“Saya tidak dapat maklumat, kita belum dapat apa-apa maklumat. Saya dah baca (laporan media). Saya kena semak dengan menteri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah Kompleks Madani Teluk Kumbar.