PETALING JAYA: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang lebih dikenali Jho Low didakwa tinggal di kawasan kejiranan eksklusif di Shanghai dan menggunakan pasport palsu Australia, menurut wartawan penyiasatan Bradley Hope dan Tom Wright.
Menerusi strim langsung di YouTube semalam, dua wartawan itu berkata, mereka mempunyai bukti daripada pelbagai sumber dan dokumen baru ditemui menunjukkan Low tinggal di rumah agam Green Hills, “kejiranan ultra mewah” di Shanghai, China.
Mereka dipetik Variety berkata, Low menggunakan pasport palsu Australia dengan nama “Constantinos Achilles Veis” untuk menyembunyikan identitinya.