PUTRAJAYA: PAS akan membela rakyat Malaysia yang haknya ‘dizalimi’, sekalipun melibatkan pemimpin DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, kata Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari.
Justeru, beliau berkata tindakan mereka turun bersolidariti bersama Najib Razak tidak wajar dipersoalkan, lebih-lebih lagi bekas perdana menteri banyak berjasa kepada negara.
Malah katanya, PAS juga pernah bersama Anwar Ibrahim ketika dipecat daripada kerajaan suatu ketika dulu.