MatchPoint Times

Home

Johor tertinggi pendaftaran murid 6 tahun ke Tahun 1 2027

Cover Image for Johor tertinggi pendaftaran murid 6 tahun ke Tahun 1 2027

Selepas dua minggu pendaftaran dibuka hampir 50,000 permohonan diterima di seluruh negara.

MUAR: Johor mencatatkan pendaftaran memberangsangkan dan antara tertinggi setakat ini membabitkan murid berusia enam tahun bagi sesi kemasukan Tahun 1 pada 2027 bawah Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, selepas dua minggu pendaftaran dibuka, hampir 50,000 permohonan diterima di seluruh negara bagi pendaftaran murid Tahun 1 berusia enam tahun, dengan Johor muncul antara negeri penyumbang terbesar dan angka itu isyarat positif awal kerana ia sebahagian pelaksanaan RPM yang menetapkan sasaran wajib capai dalam tempoh 10 tahun.

“Apabila Johor menjadi antara negeri tertinggi dari segi pendaftaran, ini menunjukkan ibu bapa bersedia memberi komitmen dan percaya kepada sistem yang sedang dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas program Jaulah Ramadan Komuniti 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar hari ini.

Tags:JohorKPMmuridRPMTahun 1


1,869 polis ditangkap atas kesalahan dadah dalam tempoh 5 tahun

KDN berkata ratusan polis dituduh di mahkamah, dibuang kerja, atau dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan itu antara 2020 dan 2025.

🟡FMT Reporters

Hillary Clinton to testify in US House panel’s Epstein probe

The Clintons initially rejected subpoenas to testify in the panel’s probe but later agreed after House Republicans threatened contempt of Congress.

🟡AFP