KUALA LUMPUR: Lim Guan Eng mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya tampil menjelaskan sama ada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki melanggar peraturan berhubung had pemilikan saham oleh penjawat awam dalam sesebuah syarikat.
Ahli Parlimen Bagan daripada DAP itu berkata, rakyat berhak tahu sama ada Azam bertindak mengikut garis panduan pekeliling kerajaan pada 2024 berkaitan tatakelakuan dan disiplin penjawat awam.
“Jika Azam tidak melanggar pekeliling berkenaan, maka beliau berhak menggunakan hak peribadinya untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.
