PETALING JAYA: Syarikat bas terbabit kemalangan membabitkan rombongan murid tadika di Jalan Persiaran Universiti 1, Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam, akan diaudit.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli, berkata pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian dan akan melaksanakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (Jisa) ke atas syarikat itu.
“Ya kita ada terima laporan dan kes kemalangan disiasat oleh polis.