MatchPoint Times

Home

JPJ sita 106 kenderaan mewah bernilai RM21 juta

Cover Image for JPJ sita 106 kenderaan mewah bernilai RM21 juta

Penguatkuasaan JPJ Negeri Sembilan itu melibatkan pemilik kenderaan berusia 35 hingga 55 tahun, termasuk ahli perniagaan bergelar Datuk.

SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyita 106 kenderaan mewah, keseluruhannya dianggarkan bernilai RM21 juta, menerusi pelaksanaan Op Luxury yang dijalankan di seluruh negeri sepanjang tahun ini.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf, berkata tindakan penyitaan itu dibuat susulan kegagalan pemilik kenderaan mematuhi peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, termasuk membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah serta lesen memandu tidak sah.

Beliau berkata antara kereta mewah yang disita ialah Mercedes-Benz siri A, C, E dan S-Class, Porsche Macan, Cayenne, Panamera, Taycan dan 718 Cayman, BMW siri 3, 5, 7 dan X5, Audi A-Series dan Q-Series, serta Toyota Alphard dan Vellfire.

Tags:Hanif YusabraJPJ Negeri Sembilankereta mewahOp Luxurysita


Mahkamah arah Sin Chew bayar RM45,000 kepada bekas menteri

Mahkamah berkata syarikat itu tidak memenuhi standard organisasi media profesional kerana gagal mengesahkan fakta babit Khairuddin Aman Razali.

🟡FMT Reporters

Bekas pengarah JKKN, artis budaya dijel 6 bulan

Dayang Kartini Awang Bujang dan Mardziana Che Mohd Amin juga didenda RM10,000 selepas didapati bersalah palsu dokumen perolehan aksesori set kepala.

🟡FMT Reporters