BACHOK: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersedia mempertimbangkan cadangan penyerahan semula MyKad pemilik yang mempunyai dua kewarganegaraan secara sukarela tanpa mengenakan sebarang tindakan.
Ketua Pengarah JPN Badrul Hisham Alias, berkata pendekatan itu mungkin boleh dilaksanakan untuk melihat sejauh mana kesediaan pemilik kad pengenalan dwiwarganegara tampil membuat pilihan kerakyatan mereka.
“Setakat ini, kita belum buat tawaran atau inisiatif ini, tetapi saya lihat perkara ini satu cadangan yang baik untuk kita melihat setakat mana sambutan yang kita akan terima melalui tawaran ini.
