KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Terengganu, Selangor, Kelantan, Perak dan Pahang menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9 malam ini.
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 287 orang daripada 102 keluarga berbanding 511 orang daripada 178 keluarga, petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan 245 mangsa daripada 92 keluarga masih berlindung dua PPS iaitu SK Atas Tol dan SK Rengas Bekah, manakala 42 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di SK Paya Resak, Marang.
