KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak dan Perak pada pagi ini kekal seperti semalam, dengan empat PPS masih beroperasi di dua negeri itu.
Di Sarawak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan setakat 8 pagi, sebanyak 142 mangsa daripada 65 keluarga masih berada di tiga PPS di Miri kerana bencana banjir dan tanah runtuh.
PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Angus menempatkan 15 mangsa daripada lima keluarga manakala PPS SK Suai Niah masih dihuni 119 mangsa daripada 57 keluarga.
