PETALING JAYA: Jemaah Menteri bersetuju Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataannya yang mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan peristiwa Memali.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, berkata keputusan itu dibuat bagi tujuan penelitian selanjutnya selaras dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Sejajar dengan keputusan tersebut, usul yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat akan disesuaikan bagi membolehkan perkara ini dirujuk secara rasmi kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk dipertimbangkan mengikut aturan yang ditetapkan.
