PETALING JAYA: Pemimpin Umno Kedah menggesa pucuk pimpinan parti itu dan Barisan Nasional (BN) agar mempertimbangkan semula kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) bagi PRU akan datang, sekiranya PKR membuat keputusan menerima Tengku Zafrul Aziz sebagai ahli.
Pengarah Komunikasi Umno Kedah Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri membuat desakan itu susulan tindakan Tengku Zafrul, sebelum ini ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan ketua bahagian Kota Raja, mengumumkan peletakan jawatan dalam parti serta keluar parti, selain menyatakan hasrat untuk menyertai PKR, semalam.
“Kalau PKR terima Tengku Zafrul, adakah ini tanda rakan kerajaan perpaduan cuba ‘curi’ pemimpin Umno secara halus? Kalau perkara begini dibiarkan, hubungan dalam kerajaan perpaduan boleh retak. Hari ini seorang (pemimpin ‘dicuri’), esok siapa pula?