KUALA LUMPUR: Restoran Kakatoo memperkenalkan pakej korporat untuk majlis berbuka puasa tahun ini di premisnya di Quill City Mall yang menampilkan tema “Santapan Berbuka Warisan Nyonya”.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Joyce Chong berkata pakej itu antara kelainan ditampilkan pihaknya tahun ini memandangkan permintaan tinggi diterima di kalangan syarikat, agensi kerajaan dan pertubuhan.
Menurutnya, pakej korporat itu ditawarkan untuk 120 orang pada harga RM15,000 yang meliputi jamuan eksklusif, tazkirah oleh ustaz jemputan, sumbangan tanggungjawab sosial korporat kepada madrasah serta hamper eksklusif untuk tetamu terpilih.
