PETALING JAYA: Seorang kakitangan bank dan pelajar antara lapan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan terbabit kumpulan jenayah terancang tahun lalu.
Nur Alya Nadhira Che Hassan, 22, Nurul Natasha Mohammad Shukri, 23, Muhamad Samerin Shahrom, 35, Mohamed Aizat Rosmadi, 28, Aizal Abuk Bakar, 23, Mohammad Zaini Yusoff, 27, Muhammad Azizi Abd Ghafar, 22 dan Muhamad Fitri Abdul Karim, 31, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di depan Hakim Roslan Hamid.
Mereka didakwa menjadi ahli ‘Geng Adik Labu Besar’ antara Mac hingga 16 Okt 2025 di pangsapuri Vista Perdana di Jalan Kampung Gajah, Butterworth.
