PETALING JAYA: University of Nottingham dilaporkan berhutang jutaan paun dari kampusnya di Malaysia, menurut laporan yang memetik penyata kewangan terbaharu universiti dari United Kingdom (UK) itu.
Nottinghamshire Live melaporkan, universiti berkenaan yang menjadi sebahagian daripada Russell Group, telah melakukan ratusan pemberhentian pekerjaan, manakala dua daripada kampusnya di UK telah disenarai untuk dijual di tengah-tengah tekanan kewangan.
Penyata kewangan universiti berkenaan bagi tahun berakhir 31 Julai 2025, menyatakan terdapat £5.1 juta (kira-kira RM26.9 juta) dalam bentuk ‘hutang ragu’ melibatkan yuran pengurusan yang ‘tertunggak’ dari kampusnya di Semenyih, Selangor.
