PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan dakwaan Adun PAS Haim Hilman Abdullah yang pihaknya lebih mengutamakan pengambilan pelajar antarabangsa berbanding tempatan dalam kemasukan ke universiti penyelidikan (RU).
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Azlinda Azman, menegaskan pihaknya tidak pernah menganaktirikan pelajar tempatan, sebaliknya mereka sentiasa diberi keutamaan untuk melanjutkan pengajian ke universiti berkenaan.
“Adun (tersebut) telah beberapa kali memberi informasi yang mengelirukan masyarakat berhubung dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan ini sekali gus mengelirukan rakyat.