ISTANBUL: Komunikasi dengan kapal Handala yang dalam pelayaran ke Semenanjung Gaza berjaya dipulihkan awal Jumaat selepas terputus selama dua jam ketika beberapa dron dikesan berhampiran kapal itu, menurut Freedom Flotilla Coalition (FFC), lapor Anadolu Ajansi.
FFC menerusi Telegram memaklumkan kapal bantuan kemanusiaan itu meneruskan misinya dan kini berada kurang 349 batu nautika (646km) dari Gaza.
“Komunikasi dengan kapal Handala terganggu kira-kira dua jam dan beberapa dron dikesan berhampiran kapal, menimbulkan kebimbangan serius kemungkinan berlaku serangan.”