PETALING JAYA: Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban berkata rangkaian kartel ‘counter setting’ yang sedang disiasat pihak berkuasa membabitkan pegawai senior merekrut petugas baharu menyertai salah laku rasuah di pintu masuk negara bagi meraih habuan lumayan.
Beliau berkata, kegiatan itu dikesan dalam Jabatan Imigresen sejak 2017 dan pegawai baharu yang enggan menurut arahan kumpulan terbabit akan diboikot dan dipulaukan.
Katanya, pemantauan masih diteruskan ke atas pegawai imigresen terbabit kegiatan itu dan tangkapan dibuat susulan maklumat diberikan pihaknya.