PETALING JAYA: Kastam akan memperkasa polisi perlindungan pemberi maklumat dan melaksanakan pusingan kerja menyeluruh anggotanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pengarah Kastam KLIA Zulkifli Muhammad, berkata langkah itu sebahagian usaha memelihara akauntabiliti dan disiplin pegawai, termasuk menangani cabaran rasuah dan sindiket antarabangsa.
“Langkah lain termasuk pelaksanaan ujian air kencing secara berkala bagi memastikan pegawai bebas daripada pengaruh dadah, kerana ketagihan bahan terlarang dikenal pasti sebagai punca yang boleh meruntuhkan integriti seseorang pegawai.
