PETALING JAYA: Pihak berkuasa akan melonggarkan kawalan keselamatan khususnya di kawasan kediaman kurang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights minggu depan, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Beliau berkata, pemantauan juga akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kes kecurian atau sebarang insiden tidak diingin.
“Kita fokus (kawalan keselamatan) kawasan bencana, selepas ini mungkin membenarkan penduduk yang mengalami kerosakan kecil (rumah) untuk menjalankan kerja pembaikan.