MatchPoint Times

Home

Kebakaran Putra Heights: Polis rakam 186 keterangan saksi

Cover Image for Kebakaran Putra Heights: Polis rakam 186 keterangan saksi

Selain mangsa, polis rakam keterangan wakil Petronas, MBSJ dan Pejabat Tanah dan Galian.

PETALING JAYA: Polis telah merakam keterangan 186 saksi dalam siasatan insiden kebakaran saluran gas Putra Heights setakat ini, kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

Katanya, selain 138 mangsa kejadian itu, polis turut merakam keterangan enam wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, seorang wakil Pejabat Tanah dan Galian serta wakil polis, Petronas, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Kementerian Kesihatan (KKM), pakar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan pemaju serta kontraktor.

“Sebanyak 774 laporan polis juga telah diterima berkaitan insiden ini setakat 8 pagi tadi,” katanya, lapor Bernama.

Tags:bombaGround ZeroHussein Omar KhanJKRkebakaran paip gasketerangan saksiKKMMBSJOp Mega PembersihanPolis Selangor


Italy’s Meloni says Trump will visit Rome and consider meeting EU

Giorgia Meloni’s trip is seen as an attempt to leverage her strong US ties and facilitate dialogue with Brussels.

🟡Reuters

Kuching court to hear Petronas’s bid to stay Petros suit next week

The High Court also allows both the federal and Sarawak governments to participate in the proceedings as friends of the court.

🟡FMT Reporters