PETALING JAYA: Seramai 100 mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights menerima rawatan di hospital-hospital sekitar Lembah Klang, setakat 6 petang tadi.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan mangsa menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) di Hospital Putrajaya (14 orang), Hospital Sultan Idris Shah di Serdang (28), Hospital Cyberjaya (25), Hospital Ampang (1), dan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin di Kajang (2).
Sementara itu, Subang Jaya Medical Centre menerima 22 kes, Hospital Thomson satu kes, Hospital Pakar Avisena lima kes, dan Hospital Columbia Asia di Bukit Rimau dua kes.