KUALA LUMPUR: Jumlah kedai Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada 10,447 di seluruh negara setakat 26 Jan 2026 berbanding hanya 700 kedai pada 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
Beliau berkata jumlahnya akan terus bertambah dari semasa ke semasa termasuk pasar raya, kedai runcit, kedai koperasi dan pasar mini yang terletak di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.
Katanya, kerajaan akan sentiasa meneliti syarat untuk menjadi Rakan Niaga SARA dari semasa ke semasa bagi memastikan kedai runcit tempatan dan peniaga kecil turut terlibat secara langsung selaras dengan ketetapan Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri.
