MatchPoint Times

Home

Kelar isteri hingga maut, suspek direman 7 hari

Cover Image for Kelar isteri hingga maut, suspek direman 7 hari

Media sebelum ini melaporkan selepas mengelar isterinya, suspek melarikan diri ke rumah keluarga mentuanya dan membakar kenderaan.

PETALING JAYA: Seorang penganggur direman tujuh hari kerana disyaki mengelar isterinya hingga maut menggunakan pisau di Taman Cahaya, Bukit Gambir, kelmarin.

Harian Metro melaporkan perintah reman terhadap suspek 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Lee Kim Keat di Mahkamah Majistret Tangkak untuk siasatan mengikut Seksyen 320 dan 435 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 4.15 hingga 4.30 petang Isnin lalu, suspek disyaki mengelar isterinya berusia 34 tahun, yang juga kerani, hingga maut di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, Tangkak.

Tags:kelar isterimahkamahmautpenganggurpisaureman


Mahkamah Rayuan dengar permohonan penangguhan interim Anwar pada Selasa

Peguam K Rajasegaran berkata tarikh itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar mahkamah petang tadi.

🟡V Anbalagan

Bursa slaps 5 directors of real estate company with RM350,000 fine

The bourse says Meridian Bhd’s failure to immediately announce that it had an insignificant business or operations breached its listing requirements.

🟡FMT Reporters