MatchPoint Times

Home

Keluar atau kekal, BN akan putus nasib MIC, kata Zahid

Cover Image for Keluar atau kekal, BN akan putus nasib MIC, kata Zahid

Perwakilan MIC pada Perhimpunan Agung Tahunan baru-baru ini telah putus untuk tangguh keputusan sama ada parti itu patut keluar atau kekal dalam BN.

PERAI: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi menegaskan gabungan itu akan menentukan nasib MIC sekiranya parti itu terus ragu-ragu sama ada mahu kekal dalam pakatan diasaskannya bersama lebih tujuh dekad lalu.

“Jika kepimpinan semasa tidak mampu membuat keputusan, walaupun perwakilan telah memberikan kuasa penuh kepada kepimpinan parti untuk berbuat demikian, maka saya ingin tegaskan sekali lagi…jika mereka tidak membuat keputusan, kami akan membuat keputusan,” katanya ketika ucapan perasmiannya di Perhimpunan Agung Tahunan Makkal Sakti yang ke-17.

Pada sidang media, Zahid mengesahkan beliau merujuk kepada MIC, selain mengambil maklum sepucuk surat tersebar daripada parti itu yang menghantar inkuiri mengenai proses kemasukan dalam Perikatan Nasional (PN), yang mana beliau tafsirkan sebagai isyarat beralih kesetiaan.

Tags:Barisan NasionalBNMakkal SaktiMCAMICZahid Hamidi


Salah unaffected by Liverpool turmoil, says Egypt coach

Pharaohs coach Hossam Hassan said Mohamed Salah has shown no signs of being distracted as he prepares to lead Egypt into the Africa Cup of Nations.

🟡AFP

Azis nafi dakwaan rusuhan desak Shafie diganti, berita keluar parti

Ketua penerangan Warisan itu berkata, dakwaan sedemikian berniat jahat dan cuba timbul persepsi perpecahan dalaman.

🟡FMT Reporters