MatchPoint Times

Home

Keluarga Altantuya perlu pulangkan RM4.7 juta kepada kerajaan

Cover Image for Keluarga Altantuya perlu pulangkan RM4.7 juta kepada kerajaan

Penganalisis politik Razak Baginda juga dapat bayaran balik selepas ditolak RM1.38 juta ganti rugi yang ditetapkan Mahkamah Rayuan.

PETALING JAYA: Keluarga Altantuya Shaariibuu perlu memulangkan RM4.7 juta kepada kerajaan susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepaskan kerajaan daripada liabiliti atas kematian wanita warga Mongolia itu hampir 20 tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas kekasih Altantuya, Razak Baginda hanya menerima bayaran balik selepas ditolak RM1.38 juta ganti rugi yang dikurangkan oleh mahkamah kepada keluarga wanita itu tiga hari lalu.

Bayaran balik itu adalah berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu yang mengarahkan kerajaan dan Razak masing-masing membayar RM4.7 juta (jumlah keseluruhan RM9.4 juta) sebagai ganti rugi dan mendepositkan wang tersebut sehingga rayuan mereka diputuskan.

Tags:Altantuya Shariibuubayaran balikganti rugiMahkamah RayuanpampasanpembunuhanRazak Baginda


Brake failure, driver’s actions caused UPSI bus crash, says task force

Transport ministry panel says its findings are not intended to assign blame or determine liability for the crash that claimed 15 lives last June.

🟡FMT Reporters

Giant-killer Letshanaa does it again in Jakarta

The Malaysian women’s singles shuttler, ranked world No 42, is through to the semi-finals of the Indonesia Masters.

🟡K. Parkaran