KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul memberikan maklum balas positif serta menegaskan komitmen untuk mencari penyelesaian damai, seterusnya mematuhi perkara yang dipersetujui dalam Perjanjian Damai Kuala Lumpur.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau telah berbicara dengan Hun dan Anutin menerusi telefon untuk membincangkan perkembangan usaha damai susulan insiden terkini di sempadan kedua-dua negara.
“Saya menegaskan pendirian Malaysia untuk melihat persahabatan dan gencatan senjata antara kedua-dua negara diperkukuh selaras persefahaman yang termeterai di Kuala Lumpur hujung bulan lepas.
